13 Sep 2012

Tenis: Juan Carlos Ferrero mahu bersara


SEPANYOL - Bekas pemain nombor satu dunia, Juan Carlos Ferrero meluahkan hasrat untuk bersara daripada sukan tenis selepas berakhirnya kejohanan terbuka  Valencia, bulan depan.

Pemain Sepanyol berusia 32 tahun itu kini dihantui dengan masalah kecederaan sehingga membuatkan prestasi beliau semakin menurun apabila rankingnya jatuh ke-111 dunia.

"Kecederaan yang dialami jelas menghalang saya untuk bermain dengan cemerlang.

"Kecederaan ini juga membuatkan semangat saya semakin hilang untuk terus meraih kemenangan berbanding 14 tahun yang lepas," kata naib juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2003 ini.

Tambah Ferrero: "Saya kini ingin memulakan fasa baru dalam hidup dengan dipenuhi kegembiraan.

"Apa-apa pun, sebelum bersara, saya akan terlibat dalam tenis lagi melalui Terbuka Valencia," jelasnya. - SINARHARIAN

Kongsi Laman Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More