13 Sep 2012

Chocolate Ball Cake


Salam masakan rakan-rakan pembaca. Kali ini Sis datang lagi untuk berkongsi satu lagi resepi ringkas iaitu Chocolate Ball Cake. Resepi ini cukup mudah untuk disediakan sama ada untuk majlis-majlis hari jadi, maslis pertunangan atau majlis perkahwinan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

300 gm sponge cake
20 gm mix fruits – potong halus
4 sudu besar jem (sebarang perisa)
20 gm badam keping, bakar dan hancurkan

Dalam mangkuk bancuhan, hancurkan sponge cake hingga halus. Masukkan jam, mix fruits dan badam hancur. Timbang doh sberat 60 gm dan bulat-bulatkan. Celup dalam coklat masakan pilihan dan hiaskan. Sekarang Chocolate Ball Cake anda sudah siap. Mudah bukan? Jadi kepada yang gemar mencuba resepi baru jom kita cuba resepi ringkas daripada Sis ni. Sehingga berjumpa lagi dengan resepi berikutnya, salam sayang daripada SisLea. :-)







Kongsi Laman Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More