12 Sep 2012

Pegawai Jabatan Negara AS terbunuh di Libya


WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton mengesahkan pegawai Jabatan Negara konsulat AS di Libya terbunuh berikutan tunjuk perasaan di depan bangunan itu, hari ini.

Tunjuk perasaan itu tercetus susulan tayangan filem yang dihasilkan warga AS menghina Nabi Muhammad SAW, selain ia juga dipromosikan penganut Kristian warga Mesir yang dipercayai anti Islam.

Clinton dalam satu kenyataan berkata, beliau menyelar serangan itu sekeras-kerasnya dan mendesak Presiden Libya untuk menyediakan kemudahan sokongan bagi melindungi rakyat AS di Libya. AGENSI


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More