Honda memperkenalkan model baru yang merupakan model kereta pertama syarikat tersebut menggunakan gas asli iaitu Honda City CNG di Thailand. Honda City CNG dikuasakan dengan enjin SOHC i-VTEC 1.5 liter yang kuasanya boleh dijana oleh kedua-dua bahan bakar iaitu gas asli dan petrol.
Enjin Honda City CNG berkeupayaan menghasilkan 102PS dan 127Nm torque sedikit rendah berbanding Honda City versi petrol dengan keupayaan torque mencecah 120PS dan 145Nm. Ia merupakan pengorbanan sedikit kuasa enjin demi untuk penjimatan bahan bakar.
Untuk memastikan aspek keselamatan terjamin dan memadamkan kerisauan pengguna membawa tangki gas asli yang memuatkan 65 liter gas mudah terbakar itu, Honda telah menekankan ciri-ciri keselamatan dengan membekalkan kotak kawalan keselamatan dan 'solid crossbar' yang berfungsi menambah kestabilan kedudukan tangki tersebut. Honda City CNG juga dibekalkan dengan butang penukaran bahan bakar (pilihan antara gas asli dan petrol) dengan paparan meter gas.
Honda City CNG dijual pada harga 659,000 baht untuk versi S dan 706,000 baht untuk spec V. Warga Thailand yang membeli model Honda CNG City ini juga turut mendapat rebat cukai di bawah skim kali pertama pembeli kereta kerajaan Thailand. Waranti daripada kilang adalah selama tiga tahun atau 100,000 km. - (Dipetik daripada paultan.org - Terjemahan oleh Mohd Faizal bin Awang Senik)












