SAN FRANCISCO: Pentas sudah tersedia untuk Apple mempersembahkan generasi terbaru iPhone pagi esok pada ketika syarikat yang terkenal dengan budaya perubahan itu sekali lagi bakal memikat hati dan gaya hidup pengguna internet.
Pentas yang dipilih bagi acara istimewa itu ialah Yerba Buena Theater di sini dan dijangka menonjolkan kehebatan iPhone 5 dikatakan lebih besar, skrin sesentuh cantik, penyambungan rangkaian telekomunikasi lebih pantas dan ketahanan jangka hayat bateri.
Apple berdiam diri mengenai apa yang bakal dipersembahkan kepada media tetapi memberi bayangan mengenai model baru iPhone itu menerusi kad jemputan terdapat mesej "Ia semakin hampir."
Khabar angin menyatakan iPhone baru itu mempunyai skrin lebih besar berbanding model terdahulu dan dijangka berada di pasaran pada akhir bulan ini. - AFP








