12 Sep 2012

Calon PRU: MB Kedah enggan campur tangan



ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk memuktamadkan calon Pas Kedah yang layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa Pusat dan pemimpin yang paling layak untuk mengulas isu berkaitan calon PRU13 adalah pemimpin Pusat.

“Tidak sesuai saya ulas berkaitan calon Pas Kedah, yang paling layak ialah pemimpin Pas Pusat,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang menyebut bahawa Pas sudah selesai memuktamadkan calon PRU13, di mana 95 peratus daripadanya mendapat persetujuan Majlis Syura.

Menurutnya, buat masa ini, beliau lebih gemar berdiam diri sehingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh Pas Pusat.

“Saya tidak mahu dilabel ‘campur tangan’ dalam isu Pusat. Biarlah Majlis Syura selesaikan. Lebih elok saya tumpu pada urusan pentadbiran negeri,” katanya.

Kelmarin, sumber terdekat Majlis Syura mendedahkan, hampir kesemua nama dibawa ke Majlis Syura mendapat perkenan badan tertinggi Pas itu.

Sekitar lima peratus masih di peringkat penelitian di peringkat  negeri dan kawasan masih meneliti senarai pendek buat kali terakhir. Sumber memberitahu, tidak banyak perubahan dalam senarai yang dikemukakan. - SINARHARIAN


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More