12 Sep 2012

Man U arahkan Nani berhenti bercakap


LONDON - Manchester United mahu Nani berhenti bercakap mengenai masa depannya yang tidak menentu di Old Trafford.

United dikatakan telah mengarahkan pemain sayap Portugal itu daripada mengeluarkan kenyataan umum berhubung pertikaian kontrak dengan kelab.

Nani mempunyai baki dua tahun dalam kontrak semasa, namun rundingan melanjutkan tempoh perkhidmatannya tergendala berikutan permintaan gaji melampau pemain itu.

United cuba 'menyingkirkan' Nani dengan menjualnya kepada Zenit St. Petersburg ketika tempoh perpindahan pemain musim panas lalu, tetapi tidak berhasil.

Nani tidak menyembunyikan rasa marah terhadap tindakan majikannya itu dan menganggap dia sebagai mangsa keadaan.

United turut berang dengan dakwaan bahawa Nani berhasrat menghabiskan kontraknya lalu meninggalkan kelab secara percuma apabila tamat tempoh, melainkan dia ditawar perjanjian baru.

United difahamkan hilang sabar dengan kerenah bintang berusia 26 tahun itu dan memintanya menutup mulut dan hanya menumpukan kepada permainannya.

Nani disisihkan daripada skuad United sewaktu menang 3-2 ke atas Fulham pada 25 Ogos, dalam cubaan mereka menyingkirkan pemain itu.

Bagaimanapun, dengan kegagalan sebarang urusniaga, Nani ditinggalkan dalam keadaan terdesak.

United dijangka meneruskan niat mereka untuk memindahkan Nani pada tempoh perpindahan pemain akan datang iaitu Januari depan.

Nani menyertai United dari Sporting Lisbon pada 2007, dan muncul dalam 197 perlawanan dengan menjaringkan 36 gol. - AGENSI


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More