WASHINGTON - Presiden Barack Obama dan pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney semalam menggantung buat sementara kempen pengiklanan mereka bagi memperingati ulang tahun ke-11 serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua pihak dikesan telah terlibat dalam beberapa perkara negatif di televisyen menjelang Pilihan Raya Presiden pada 6 November ini.
Sementara itu di New York, nama kira-kira 3,000 mangsa yang terbunuh dalam peristiwa 11 September 2001 dibaca di Pusat Dagangan Dunia yang baru di Lower Manhattan.
Pegawai-pegawai dan ahli keluarga mangsa terpilih berkumpul di lokasi yang pernah dikenali sebagai Ground Zero dan mereka memulakan Hari Peringatan itu dengan mengibarkan bendera AS diikuti bunyi gendang dan memainkan beg paip.
Mereka juga turut bertafakur selama satu minit pada pukul 8.46 pagi (waktu tempatan) iaitu serangan pertama pengganas pada bangunan setinggi 110 tingkat yang runtuh. - AFP/DPA








