LONDON - Cabaran pemanah tunggal wanita negara, Nurul Syafiqah Hashim, yang merasai penampilan sulungnya di Olimpik London, berakhir dalam tempoh kurang dari 10 minit apabila kecundang seawal pusingan pertama.
Nurul, 18, selaku pilihan ke-60 itu pada awalnya dilihat berupaya melakar kejutan ke atas lawannya, Lin Chia-En dari Chinese Taipei yang merupakan pilihan kelima selepas menang set pembukaan.
Ia bagaimanapun hanya harapan palsu apabila Nurul tampak gementar sehinggakan persembahannya serba tidak menjadi dan tunduk kepada Chia-En 2-6 (28-23, 19-26, 18-24, 24-27). - UTUSAN








