1 Ogo 2012

Balu, anak perempuan Arafat buat tuntutan mahkamah



PARIS - Balu dan anak perempuan Yasser Arafat meminta mahkamah Perancis menjalankan siasatan mengenai kematian bekas pemimpin Palestin tersebut, selepas satu laporan mengatakan Arafat berkemungkinan meninggal dunia akibat diracun pada 2004.

Peguam bela Pierre-Olivier Sur berkata, Suha dan Zawra Arafat turut mengemukakan tuntutan untuk mendakwa mana-mana pihak yang menyebabkan kematian bekas pemimpin tersebut.

Dakwaan mengenai Arafat meninggal dunia akibat diracun mula tersebar awal bulan lalu selepas rangkaian berita Al-Jazeera melaporkan mengenai penemuan bahan radioaktif pada pakaian milik bekas pemimpin itu. - AFP/REUTERS


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More