1 Ogo 2012

Kien Keat-Boon Heong ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan D



LONDON - Harapan untuk melihat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjuarai Kumpulan D tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu No.1 dunia, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae dengan keputusan 16-21, 11-21.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan D badminton beregu lelaki Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung pukul 1.30 pagi tadi waktu Malaysia menyaksikan Jae Sung-Yong Dae dari Korea Selatan hanya memerlukan 31 minit untuk menewaskan Kien Keat-Boon Heong bagi menjuarai peringkat kumpulan.

Selepas ini, Kien Keat-Boon Heong yang tetap melangkah ke suku akhir melalui tiket naib juara Kumpulan D dijadual menentang juara Kumpulan B, Bodin Isara-Maneepong Jongjit dari Thailand pada Khamis ini. - UTUSAN


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More