31 Jul 2012

Jerebu di Pulau Pinang akibat daripada pembakaran terbuka



GEORGE  TOWN - Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak semalam dan meenjadi bertambah buruk hari ini, adalah berpunca dari aktiviti pembakaran terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata Pulau Pinang dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 69 hingga 84 hari ini.

Katanya bacaan IPU di kawasan Seberang Jaya mencatat 83 pada pukul 7 pagi dan meningkat kepada 84 pada pukul 11 pagi dengan jarak ketampakan dua kilometer.

"IPU di Perai pula mencatatkan bacaan 68 pada pukul 7 pagi dan 72 pada pukul 11 pagi, di USM, 69 pada pukul 7 pagi dan 72 pada pukul 11 pagi, masing-masing merekodkan jarak ketampakan lima dan empat kilometer," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kerajaan negeri dan pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan perbincangan semalam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka. - BERNAMA


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More