31 Jul 2012

Nelayan terlepas tali gantung atas tuduhan edar dadah


ALOR SETAR - Seorang nelayan terlepas hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu terhadap Abd Kadir Ismail, 35, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan mengedar dadah.

Abd Kadir bagaimanapun dijatuhi hukuman penjara 16 bulan kerana kesalahan memiliki dadah tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama itu, Abd Kadir didakwa mengedar 7.2 gram dadah jenis heroin dan 8.96g monoacetylmorphine di dalam bot ikan bernombor KHF150 di tebing Sungai Kuala Sala, Yan pada 8 Mac 2011 kira-kira pukul 12 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More