31 Jul 2012

RM500 juta diperuntukkan bagi siapkan lebuh raya Hulu Terengganu - Besut



BESUT -  Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM500 juta bagi pembinaan lebuh raya menyambungkan Hulu Terengganu dan Hulu Besut, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya yang akan bermula tidak lama lagi itu menyambungkan Hulu Terengganu melalui Gunung Bongsu ke Keruak, Hulu Besut dan akan dilaksana secara berperingkat dengan pembinaan fasa pertama membabitkan jarak 40 kilometer dengan kos RM110 juta.

"Pelaksanaan projek lebuh raya yang upacara pecah tanahnya dilakukan pada tahun 2008 itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional mengotakan janji kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bernilai RM1.4 juta kepada 287 isteri peneroka dan berbuka puasa di Felda Tenang, Hulu Besut di sini, Isnin.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh, Anggota Dewan Undangan negeri Kawasan Hulu Besut Nawi Mohamad, wakil-wakil rakyat tempatan dan Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh.

Ahmad berkata lebuh raya yang akan turut menyambungkan kawasan Terengganu dengan sempadan Kelantan di Gua Musang itu, dijangka siap dalam tempoh tiga atau empat tahun dari sekarang. - BERNAMA


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More