![]() |
| Gambar dipetik dari ganusoccer.net |
Kuala Terengganu - Penyokong Pasukan Bolasepak Terengganu mula menunjukkan bantahan mereka terhadap kenaikan luar biasa tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata harga tiket RM50 itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.
Walaubagaimanapun kenaikan harga tiket tersebut disambut dengan perasaan tidak puas hati dikalangan penyokong pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang menyifatkan harga tiket tersebut terlalu mahal dan menyifatkan badan induk bolasepak negara itu sebagai 'pencekik darah'.








