Kuala Lumpur – Pasukan Terengganu dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia 2011 Sabtu ini.
Penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee yakin dia dan rakan rakannya mampu menjulang Piala Malaysia apabila bertemu Negeri Sembilan nanti selepas menumbangkan beberapa pasukan gergasi seperti Kelantan dan Selangor, lapor Arena,my.
Menerusi ruangan undian di laman tersebut juga memperlihatkan jumlah undian sebanyak 70% mengatakan pasukan Terengganu menjuarai Piala Malaysia 2011 berbanding 30% memihak kepada pasukan Negeri Sembilan.
Jika dilihat dari segi prestasi sememangnya pasukan Terengganu memiliki kelebihan. Namun 90 minit Sabtu nanti bukanlah satu tempoh yang mudah bagi mereka kerana pasukan Negeri Sembilan sudah pasti ingin mengulangi kejayaan mereka menjulang Piala Malaysia 2009.








