25 Okt 2011

Subsidi 50 peratus kepada penyokong Terengganu


KUALA TERENGGANU - Bagi meredakan keluhan penyokong yang menganggap harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia agak melampau, kerajaan negeri akan memberi subsidi sebanyak 50 peratus.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri telah mengarah Persatuan Bola sepak negeri Terengganu (PBSNT) menempah 30,000 tiket kepada penyokong negeri dengan pembayaran terus kepada persatuan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said juga mahu ia diagihkan keseluruh negeri dengan 500 keping diperuntukkan bagi setiap Dewan Undangan Negeri. -Utusan

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More