Samsung Elektronik CO. mendahului Apple Inc. dalam senarai teratas pembuat telefon pintar di dunia dalam tempoh Julai - September dengan lonjakan sebanyak 44 peratus dan ramalan jualan yang kukuh pada suku tahun semasa merupakan satu amaran kepada pesaing-pesaingnya.
Samsung hanya memasuki pasaran telefon pintar tahun lepas namun jualannya telah melonjak hasil pengeluaran model yang menepati cita rasa pengguna. Sementara itu, Apple pertama kali memperkenalkan iPhone pada tahun 2007.
"Dalam bahagian telefon bimbit, Samsung tidak mempunyai model saingan yang sebenar untuk mencabar produk kecuali untuk iPhone 4S. Apple dan Samsung akan terus menguasai pasaran pada suku keempat," kata Kim Hyun-Joong, seorang pengurus dana di Midas Asset Management , yang memiliki saham Samsung.
Keuntungan firma telekom Korea Selatan itu diumumkan pada hari Jumaat lalu meningkat lebih daripada dua kali ganda daripada $2.2 bilion tahun lalu kepada $2.5 trilion merupakan satu rekod dan menyumbang 60 peratus kepada jumlah keuntungan Samsung.
Penghantaran telefon pintar melonjak 44 peratus daripada suku sebelumnya kepada 27,8 juta unit, meningkat hampir empat kali ganda berbanding tahun lalu, menurut firma penyelidikan Strategy Analitics.
Jualan Apple iPhone menyusut sebanyak 16 peratus kepada 17,1 juta unit pada suku ketiga. Samsung mempunyai 23.8 peratus daripada pasaran telefon pintar global pada suku ketiga, 9 mata lebih tinggi daripada Apple. Antara yang paling menyumbang ialah model keluarga 'Galaxy' yang menggunakan OS Android.
"Kenaikan Samsung telah didorong oleh gabungan reka bentuk perkakasan yang elegan, perkhidmatan popular Android, sub-jenama dilupakan dan pengedaran global yang luas," kata Alex Spektor di Strategy Analitics. - Reuters








