28 Okt 2011

Gulai tempoyak ikan patin



Salam perkenalan kepada semua. Alhamdulillah di kesempatan yang diberikan ini Kak Nur ingin berkongsi resepi-resepi Kak Nur bersama rakan-rakan pembaca semua.

Sebagai permulaan Kak Nur nak kongsikan satu resepi yang agak ringkas tetapi mungkin masih ramai terutama adik-adik yang masih belum tahu bagaimana untuk menyediakan 'Gulai Tempoyak Ikan Patin'.

Baiklah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan–Bahan:

  • 1 ekor Ikan Patin (sederhana besar)
  • 7 biji cili padi (ditumbuk halus)
  • ½ inci kunyit (ditumbuk halus)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk halus)
  • 3 Ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 biji timun 
  • 1 cawan tempoyak
  • 3 cawan air (jika mahu cair maka banyakkan air atau sebaliknya)
  • gula secukup rasa 


Siangkan ikan patin, besihkan dan potong kepada beberapa bahagian.

Perapkan ikan dengan air limau nipis selama 30 minit (untuk menghilangkan bau hanyir).

Tumbuk cili padi, kunyit, bawang merah, serta bawang putih dan ketuk serai.

Masukkan kesemua bahan yang ditumbuk tadi bersama serai ke dalam periuk . 

Masukkan pula tempoyak dan air dan gaulkan sehingga sebati.

Didihkan bahan-bahan tadi kemudian masukkan ikan.

Apabila ikan 3/4 masak, masukkan timun yang telah dipotong.

Apabila ikan telah masak, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.



Sekarang Gulai Tempoyak Ikan Patin sudah tersedia. Mudah kan? Selamat mencuba...

Salam Sayang Dari Kak Nur =)


Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More