27 Okt 2011

Gaddafi dibunuh, mayat diperlakukan keji



Beginilah laporan media terhadap kematian bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Jika diperhatikan ianya sama seperti yang berlaku pada Saddam, atau paling tidak seperti Tok Janggut yang dibunuh Inggeris dan mayatnya diarak seluruh Kota Bharu.

Mungkin pada waktu ini Muammar Gaddafi adalah pengganas dan penjenayah di kalangan rakyat libya yang memakai 'kaca mata barat'. Tidak mustahil Muammar Gaddafi akan menjadi tokoh pemimpin yang akan dikenang dan disanjung oleh rakyat Libya pada masa akan datang, seperti Tok Janggut yang kini dilabel sebagai pejuang kemerdekaan.

Apa yang berlaku sewaktu Muammar Gaddafi memerintah Libya:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Menjadi amalan kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya.

2. Cukai pendapatan paling maksimum hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma.

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan 'one-off payment' berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen seliter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah. Satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat.

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More