Shah Alam - Negeri Sembilan merangkul Piala Malaysia setelah menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Terengganu yang bermula garang berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi Asaari Samsudin pada minit ke 60 apabila tendangannya terbias pemain Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan kemudian kembali bangkit dengan beberapa serangan berbahaya tetapi dinafikan penjaga gol Terengganu Sharbinee Alawi.
S. Kunanlan kemudian menghidupkan kembali harapan pasukan Negeri Sembilan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan penjaga gol Terengganu.
Pada minit ke 86, Hairudin Omar muncul sebagai wira pasukan 'Hobin Jang Hobin' apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu dengan aksi akrobatik.
Keputusan muktamad, Negeri Sembilan dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2011 menewaskan Terengganu 2-1.








