14 Sep 2012

Terbuka Malaysia: Peluang Nicol buru gelaran kelapan


PETALING JAYA - Pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol David mengetepikan cabaran Annie Au dari Hong Kong malam tadi untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Malaysia 2012 di sini.
  
Nicol, yang memburu kejuaraan kelapan siri itu, mengambil masa selama 46 minit pada perlawanan suku akhir untuk mencatatkan keputusan 6-11, 11-5, 15-13, 11-5.
  
Pemain berusia 28 tahun itu memberitahu pemberita bahawa beliau hanya melakukan yang terbaik untuk mencapai kemenangan dengan sokongan penonton.
  
"Sejak 15 tahun lalu, saya beraksi di sini dan sama seperti pada set ketiga, penonton memberikan sokongan padu kepada saya," katanya.
  
Pada separuh akhir hari ini, Nicol akan menentang Laura Massaro dari England, yang turut melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain dari Mesir, Nour El Sherbini dengan 11-13, 11-15, 11-7, 11-3.

Nicol berkata beliau akan cuba menampilkan permainan konsisten ketika berdepan dengan Massaro dan mempunyai kelebihan beraksi dalam gelanggang kaca serta dengan sokongan penyokong.
  
Selain Nicol, bintang muda negara Low Wee Wern akan menentang pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada satu lagi saingan separuh akhir.
  
Dalam kategori lelaki, pemain dari Mesir, Tarek Momen akan berdepan dengan Borja Golan dari Sepanyol dalam saingan separuh akhir manakala Mohammed El Shorbagy dari Mesir akan menentang Nicholas Mueller dari Switzerland dalam satu lagi perlawanan separuh akhir hari ini. - Bernama

Kongsi Laman Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More