6 Sep 2012

Sharapova, Williams ke separuh akhir Terbuka AS


AMERIKA SYARIKAT - Bekas juara Maria Sharapova dan Serena Williams mara ke separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Sharapova, pilihan ketiga dunia dan pemenang tahun 2006, bangkit selepas tewas set pertama.

Dia mengalahkan pemain Perancis, Marion Bartoli 3-6, 6-3, 6-4.

Williams, pilihan keempat dan menjuarai sebanyak tiga kali, berhadapan dengan sedikit masalah untuk menewaskan Ana Ivanovic 6-1, 6-3.

Sharapova akan bertemu Victoria Azarenka manakala Williams akan menentang naib juara Terbuka Perancis, Sara Errani. Errrani sebelum ini pernah menewaskan rakan senegaranya Roberta Vinci 6-2, 6-4.

"Ketika permainan dihentikan akibat hujan memberi ruang untuk saya berfikir tentang kekalahan saya.

"Dia begitu kuat dan bersemangat, tapi saya sangat gembira kerana dapat menguasai permainan di set kedua," kata Sharapova, juara empat kali Grand Slam.

Williams pula mara ke separuh akhir buat kali keempat dalam tempoh lima tahun.

Williams yang tewas kepada pemain Australia, Sam Stosur tahun lepas berkata, "ia akan menjadi satu perlawanan yang baik. Dia (Errani) seperti pejuang, dia begitu kuat dan cepat."

Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More