6 Sep 2012

Kejohanan sepak takraw Piala Menteri Besar Terengganu 2012 ditunda



KUALA TERENGGANU - Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu yang dijadual bermula Jumaat selama dua hari, ditunda ke November ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata keputusan itu berikutan tarikhnya terlalu dekat dengan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden ke-4 yang dijadual dari 20 hingga 23 Sept ini di Kedah.

"Disebabkan tarikh terlalu dekat, kebanyakan pasukan luar memberi tumpuan kepada kejohanan Piala Presiden," katanya kepada Bernama, di sini pada Khamis.

Mohd Shapian berkata kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu itu menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000.

Sementara itu, mengenai persiapan Terengganu ke kejohanan Piala Presiden, Mohd Shapian berkata PSTNT akan menjadikannya medan untuk mendedahkan pemain muda. - BERNAMA


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More