10 Sep 2012

Serangan ke atas tentera Iraq, 73 terbunuh



BAGHDAD - Serangan kumpulan bersenjata telah membunuh sekurang-kurangnya 73 orang dalam serangan bertalu-talu di Iraq, membunuh askar di pos tentera dan mengebom polis rekrut yang menunggu untuk memohon pekerjaan.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut tetapi al-Qaeda di Iraq, dikatakan telah berikrar untuk mengukuhkan kedudukannya di Irag dan merampas kembali kawasan-kawasan yang mereka dipaksa berundur oleh tentera Amerika Syarikat tahun lepas.

Dalam serangan dahsyat itu, kumpulan bersenjata menyerbu kumpulan tentera kecil Iraq di bandar Dujail sebelum subuh, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang askar dan mencederakan lapan yang lain, menurut laporan pegawai polis dan pegawai hospital di bandar berdekatan Balad, kira-kira 80km di utara Baghdad.

Para pegawai tersebut tidak mahu mendedahkan nama mereka kerana tidak diberi kebenaran untuk mendedahkan sebarang maklumat. - AFP


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More