10 Sep 2012

Makaroni Goreng Berempah



Assalamualaikum dan salam perkenalan dari Sis. Alhamdulillah syukur kerana diberikan kesihatan dan kelapangan untuk Sis berkongsi resepi bersama rakan-rakan pembaca di Mediaalternatif ini. Insyaallah Sis akan berkongsi dua resepi seminggu untuk tatapan para pembaca.

Sebagai pembukaan minggu ini Sis mulakan perkongsian resepi Makaroni Goreng Berempah. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:


200gm makaroni
3 sudu besar minyak

Bahan A
1 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang atau di ketuk
1 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi

bahan B
2 peket paste bihun goreng
1 sudu besar serbuk kari
100gm daging ayam dipotong dadu
1 1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh serbuk pati ayam
3 pokok sawi dipotong
garam,gula secukup rasa
bawang goreng dan hiasan

Caranya:
Masak macaroni mengikut arahan di peket,panaskan minyak,goreng semua bahan A sampai kekuningan,masukan pes bihun goreng dan serbuk kari hingga berbau. Masukan daging ayang dan goreng selama 2 minit. Masukan kicap,serbuk pati ayam,macaroni dan sawi. Masukan garam dan gula secukup rasa. Hiaslah kalau rajin pastu ngapppppppp. Sungguh menyelerakan. Selamat mencuba! :-)


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More