6 Sep 2012

Ranking FIFA: Harimau Malaya naik satu tangga



KUALA LUMPUR - Berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu naik satu anak tangga pada kedudukan ke-156 dunia berbanding ke-157 yang diraih bulan lepas.
Kedudukan itu, bagaimanapun disifatkan masih buruk pada tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.
Menerusi kedudukan terkini itu meletakkan skuad Harimau Malaya termasuk dalam kelompok negara-negara seperti Palestin yang berada pada kedudukan ke-151, Kepulauan Solomon (153), Kepulauan Faroe (154), Fiji (155) dan Lesotho (157), yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan.
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (131), Vietnam (146) dan Filipina (150).
Di peringkat Asia, Malaysia naik satu anak tangga pada kedudukan ke-25 dari 46 negara.
Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,617 mata.
Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan mengumpul 1,437 mata diikuti England yang mengutip 1,274 mata.
Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 209 buah negara.


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More