6 Sep 2012

PBSNT tubuh jawatankuasa khas



KUALA TERENGGANU - Sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan pemain jual permainan telah ditubuhkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Yang Dipertuanya Datuk Che Mat Jusoh berkata jawatankuasa itu dibarisi semua anggota majlis PBSNT yang diketuai beliau sendiri.
"Kita (jawatankuasa) telah memanggil tiga pemain iaitu Muslim Ahmad, Ismail Faruqi dan Mohd Shabrinee Allawee untuk memberi penjelasan pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin di Pejabat PBSNT.
Turut memberi penjelasan ialah ketua jurulatih Peter James Butler. Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil Che Mat dan Mohd Shabrinee untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Che Mat berkata mesyuarat semalam bukan bertujuan untuk membuat keputusan, sebaliknya untuk menasihatkan semua supaya tidak memperbesarkan isu tersebut kerana ia masih dalam siasatan.
"Kami hanya mahu mendapatkan maklumat sebenar (berhubung masalah tersebut) daripada mereka. Kami ingin tahu punca isu itu timbul," katanya.
Beliau berkata perkara tersebut akan dibincangkan secara terperinci apabila mesyuarat majlis tertinggi PBSNT diadakan pada 17 Sept nanti.
Dalam perkembangan sama, Che Mat berkata pemain-pemain atau pegawai PBSNT dilarang membuat sebarang kenyataan bagi mengelak isu tersebut berpanjangan.
Menyentuh tentang desakan bekas jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris supaya PBSNT menjelaskan gajinya, Che Mat berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Jabatan Perhubungan Industri sebelum diselesaikan.


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More