6 Sep 2012

Owen sah milik Stoke City


LONDON - Penyerang prolifik, Michael Owen telah disahkan sebagai pemain Stoke City - kelulusan pindaan telah dikeluarkan semalam.

Owen merupakan pemain yang tidak terikat dengan mana-mana kelab dilepas oleh Manchester United akhir musim lalu, namun telah dikaitkan dengan beberapa kelab.

Pemain berusia 32 tahun itu telah memilih Stoke di mana perjanjian telah diselesaikan tepat kelmarin, tarikh akhir untuk kelab-kelab mendaftar pemain baru dalam skuad EPL.

Owen telah berkongsi perasaan bimbang menerusi Twitternya, sehinggalah Lembaga EPL memutuskan bahawa dia layak menyertai kelab itu.

“Telah rasmi! perjanjian selesai, saya pemain Stoke tidak perlu menunggu lagi," katanya.

Owen telah bersetuju mengikat kontak selama satu tahun dan kadar bayaran pula bergantung kepada jumlah kemunculannya setakat ini.

Dia telah menjaringkan sebanyak 149 gol dalam EPL, menjadikan beliau penjaring keenam tertinggi semenjak penglibatannya pada tahun 1992.

Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More