6 Sep 2012

Budak perempuan ditemui selamat dalam pembunuhan



ANNECY, Perancis - Polis Perancis menemui seorang budak perempuan berusia kira-kira empat tahun yang masih hidup di dalam sebuah kereta BMW berplat pendaftaran Britain di mana tiga orang ditemui mati ditembak, semalam.

Kanak-kanak yang berbahasa Inggeris itu bersembunyi di atas lantai antara tempat duduk depan dan belakang kereta, di bawah kaki dua mayat wanita yang terbunuh dipercayai ibu dan neneknya, di jalan hutan berhampiran Tasik Annecy di tenggara Perancis.

Seorang lelaki dipercayai bapa kanak-kanak itu juga ditemui mati di tempat duduk pemandu di kereta yang sama ketika polis tiba di tempat kejadian tengah hari Rabu.

Pihak polis juga menemui mayat seorang lelaki yang menunggang basikal, di antara kereta berkenaan dan tempat di mana seorang lagi budak perempuan berusia lapan tahun ditemui dalam keadaan cedera parah dan telah dikejar ke hospital.

Budak perempuan 8 tahun yang juga kakak kepada kanak-kanak 4 tahun itu dimasukkan ke hospital berhampiran bandar Grenoble dengan kawalan ketat polis.

Para penyiasat percaya mangsa merupakan sebuah keluarga Britain yang sedang bercuti di wilayah itu manakala penunggang basikal yang ditemui mati berhampiran kereta berkenaan adalah lelaki tempatan selepas isterinya melaporkan tentang kehilangan mangsa. - REUTERS


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More