13 Sep 2012

Filem hina nabi: Ikhwanul Muslimin anjur bantahan aman Jumaat ini


KAHERAH - Kumpulan Ikhwanul Muslimin yang berpengaruh di Mesir semalam menyeru satu bantahan diadakan di seluruh negara pada Jumaat ini bagi membantah filem yang menyinggung perasaan umat Islam sehingga mencetuskan serangan berdarah di Libya dan kemarahan rakyat negara ini.

"Ikhwanul Muslimin menyeru supaya `bantahan secara aman’ diadakan di luar masjid utama seluruh Mesir pada Jumaat ini bagi mengutuk kesalahan kepada agama Islam dan Nabi Muhammad," kata Setiausaha Agungnya, Mahmud Hussein dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil menyifatkan kerajaan Amerika Syarikat tidak boleh dipersalahkan dalam penerbitan filem itu namun beliau menggesa Washington mengambil tindakan terhadap penerbit filem tersebut. - AFP/REUTERS

Kongsi Laman Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More