31 Jul 2012

Olimpik: Khairul Anuar cemas sebelum mara



LONDON - Atlet negara, Khairul Anuar Mohamad terpaksa bertarung dalam pusingan tie-break sebelum berjaya menewaskan peserta China, Yu Xing pada pusingan kedua memanah individu Olimpik di Lord Cricket Ground di sini sebentar tadi.

Kedua-dua pemanah terikat pada kedudukan mata 5-5 selepas lima pusingan dan penentuan pemenang dibuat melalui panahan tie-break di mana kedua-dua peserta mendapat sembilan mata.

Bagaimanapun Khairul Anuar diumum sebagai pemenang selepas busurnya lebih hampir dengan pusat bulatan berbanding peserta Yu Xing dengan kiraan 6-5 (28-30, 29-29, 28-27, 28-27, 26-28 T9*-T9). - UTUSAN


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More