31 Jul 2012

Myanmar nafi dakwaan penganiayaan etnik Rohingya




YANGON - Myanmar semalam menafikan tuduhan beberapa pihak yang mendakwa pasukan keselamatan negara ini melakukan penganiayaan ke atas etnik Rohingya, selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan berhubung tindakan keras yang dikenakan terhadap komuniti Islam tersebut.

Penafian tersebut dinyatakan oleh Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin ketika mengadakan sidang media yang turut dihadiri oleh wakil khas PBB dari kumpulan hak asasi manusia Rapporteur, Tomas Ojea Quintana.

Lwin berkata, kerajaan negara itu mengambil langkah ‘pengendalian maksimum’ untuk menamatkan krisis keganasan yang berlaku di Rakhine.

“Oleh itu, Myanmar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa pasukan keselamatan negara ini melakukan penindasan dan menggunakan kekerasan untuk menangani krisis berkenaan," katanya.

Awal bulan ini, Amnesty International memberi amaran bahawa terdapat laporan kes pembunuhan dan rogol yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dan penduduk Buddha Rakhine terhadap etnik Rohingya. - AFP


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More