17 Feb 2012

Guan Eng harus letak jawatan Ketua Menteri - UMNO Pulau Pinang



GEORGE TOWN - UMNO Pulau Pinang Jumaat mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata UMNO mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebusguna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah  berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Dis 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan  Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini Jumaat. - BERNAMA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More