15 Feb 2012

Butler enggan komen isu letak jawatan



KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan Peter Butler enggan memberi komen lanjut mengenai khabar angin perletakkan jawatannya ekoran tidak berpuas-hati dengan pihak pengurusan atasan.

Sebaik tamat perlawanan menentang S'gor yang menyaksikan rekod tanpa kalah Kelantan lebuh, Butler meluahkan rasa kecewanya tentang isu yang dihadapinya.

Menurut laporan, Butler dijangka akan meletak jawatan sebelum hujung bulan ini.

"Saya tidak mahu komen tentang isu tersebut dan perlu membuat pertimbangan sebaiknya," kata Butler.

Antara faktor lain yang mengukuhkan desas-desus isu tersebut ialah apabila Butler dikatakan tidak berpuas hati selepas kontrak pemain import dibatalkan tanpa meminta pandangan Butler yang memegang jawatan sebagai jurulatih pasukan.

Butler turut menyerah kepada pihak pengurusan untuk menentukan nasibnya bersama Kelantan.

Disamping itu, Butler turut meluahkan kekecewaan selepas tewas kepada S'gor kerana anak buahnya gagal menyudahkan peluang yang terhidang.

Jurulatih Inggeris tersebut sebelum ini pernah meletak jawatan pada 2009 selepas kegagalan dalam Piala Malaysia.



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More