16 Feb 2012

Anwar persenda pamer logo 1M'sia pada barang subsidi



KUALA LUMPUR - Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersendakan tindakan kerajaan mewajibkan logo 1Malaysia atas barangan subsidi dan berkata ia mempunyai kesan minimum bagi memancing undi kepada BN.

"Isunya ialah, jika mereka letakkan logo, harga mesti turun, tetapi jika mereka letakkan logo tetapi harga tetap naik, mereka tidak akan dapat undi.

“Rakyat akan lihat logo itu sedar bahawa harga barang akan naik," kata Anwar sambil berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika sambutan Maulidur Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe pada 10 Februari lalu mengumumkan tiga barang kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak – mesti memaparkan logo 1Malaysia pada bungkusannya untuk layak menikmati subsidi kerajaan.

Idea berkenaan dikatakan bertujuan memaklumkan kepada pengguna bahawa produk tersebut disubsidi oleh kerajaan dan sepatutnya dikuatkuasa mulai bulan ini. - Malaysiakini



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More