16 Feb 2012

88 Kes AGE dikesan di Perak hingga Khamis



IPOH - Sebanyak 188 kes jangkitan Akut Gastroenteritis (AGE) di kesan di dua daerah di Perak, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 3,444.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu sebanyak 114 kes baru dikesan di Hilir Perak dan 74 kes di Batang Padang.

Di Hilir Perak, seramai enam orang dimasukkan ke wad hari ini manakala di daerah Batang Padang seramai tiga orang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Beliau berkata setakat ini jumlah keseluruhan kes itu di Hilir Perak mencatatkan 2,220 kes manakala di Batang Padang sebanyak 1,224 kes. - BERNAMA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More