KUALA LUMPUR - Penunggang Petronas Syntium Moto Yamaha, Zulsyafiz Rosli nyata teruja selepas terpilih untuk berlumba pada pusingan akhir Kejuaraan Club Prix AAM (ARRC) Petronas di Qatar.
Pusingan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Disember itu merupakan penampilan kedua Zulsyafiz di pentas antarabangsa selepas siri Indoprix, Indonesia November lalu.
"Saya bangga dan teruja dengan peluang yang diberikan," kata Zulsyafiz.
Juara kategori Wira Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas itu akan menggantikan tempat Shahril Izzuwan Mohd Noor dan akan bergandingan dengan Mohd Ramdan Mohd Rosli dalam kategori Underbone 115cc. - ARENA








