13 Dis 2011

Chong Wei jangka bertemu Lin Dan di final



KUALA LUMPUR  - Misi memburu emas di Olimpik melonjak semangat pemain perseorangan negara Lee Chong Wei yang menjangkakan lawannya di final nanti pasti musuh tradisi Lin Dan dari China.

Chong Wei menegaskan dia akan berusaha keras bagi tempoh lapan bulan akan datang bagi mencapai matlamat itu.

"Saya jangka akan bertemu dengan pemain nombor dua dunia, Lin Dan dari China dalam perlawanan akhir nanti dan tidak akan menganggap ia sebagai tekanan," katanya.

Disamping misi memburu emas Olimpik, pemain No 1 Dunia tersebut juga berazam muncul juara pada kejohanan akhir Super Series Master di Liuzhou, China pada 14 hingga 18 Disember depan.

Dalam perkembangan lain, Chong Wei yang terpilih sebagai Pemain Terbaik Lelaki Tahunan melalui satu kaji selidik Persekutuan Badminton Dunia (BWF). - ARENA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More