2 Dis 2011

Wanita pulang kelas menari mati ditikam di Segambut



KUALA LUMPUR - Seorang wanita  warga emas mati ditikam  lima kali oleh seorang lelaki di Jalan Udang Kertas, Taman Sri Segambut, di sini Khamis malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Othman Abu Bakar, berkata dalam kejadian pada 9.15 malam itu, Lim Kai Lian, 62, baru pulang dari kelas menari sebelum ditikam di perkarangan rumahnya.

"Bila mangsa masuk ke perkarangan rumah, beliau terus ditarik dan ditikam sebanyak lima kali oleh suspek yang memakai helmet gelap serta topeng muka," katanya kepada pemberita hari ini.

Lim, yang ditikam di bahagian belakang badan, mati di tempat kejadian.

Tiada sebarang senjata ditemui di kawasan berkenaan.

"Menurut pembantu rumah yang ketika itu berseorangan, mangsa ada memanggilnya namun sejurus keluar dia ternampak mangsa sudah terbaring berlumuran darah," kata Othman.

Polis menolak kemungkinan rompak sebagai motif kerana beg tangan wanita itu masih ada pada mangsa.

Lim merupakan seorang suri rumah dan mempunyai empat orang anak manakala suaminya adalah seorang kontraktor. - BERNAMA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More