8 Dis 2011

SPRM mulakan siasatan dakwaan rasuah libatkan syarikat kejuruteraan Alstom


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan proaktif berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan syarikat kejuruteraan Alstom dari Perancis.

SPRM juga berhubung dengan pihak berkuasa yang berkaitan di dalam dan luar negara bagi menyiasat dakwaan itu.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, butiran mengenai siasatan itu tidak boleh didedahkan bagi memastikan ia tidak menjurus kepada tanggapan tidak benar ke atas pihak-pihak yang berkaitan.

"Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009. SPRM memandang serius terhadap semua dakwaan rasuah dan akan menyiasat tanpa takut atau memilih kasih.

"Sebarang tohmahan jenayah rasuah akan disiasat jika tohmahan tersebut mempunyai asas seperti yang termaktub di bawah Seksyen 29(3) Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan usahawan dan peniaga tempatan yang beroperasi di luar negara supaya sentiasa menghindar daripada sebarang perlakuan rasuah. - BERNAMA




Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More