KUALA LUMPUR - Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub tampil memberi penjelasan sebenar berhubung kenyataan penulis asal novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari yang mengatakan beliau tidak menerima bayaran setimpal selepas karyanya diangkat menjadi filem.
Alaf 21 dikatakan tidak terlibat dalam pengolahan semula skrip filem berkenaan dan ia dilakukan oleh produksi filem tersebut.
Terdahulu Fauziah Ashari meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil adaptasi filem itu pada sidang media bersama pengarah, penerbit & barisan pelakon, penulis asal novel Ombak Rindu.
Menurut Fauziah Ashari terdapat beberapa plot penting dalam novel yang tidak di’angkat ke layar perak & juga dialog yang di’gunakan dalam filem ini tidak selari dengan apa yang beliau sampaikan menerusi novel.
“Namun saya tetap berfikiran terbuka dengan usaha pihak penerbit untuk membawa karya saya ke layar perak,” ujar Fauziah Ashari awal petang tadi.
“Satu pesanan saya, jika boleh selepas ini jika ada lagi novel yang di’angkat menjadi filem, jemput penulis asal novel tersebut untuk duduk sebagai penulis skrip atau panel penasihat.”
Ikuti video penjelasan oleh Datuk Hussamuddin Yaacub.








