KUALA LUMPUR - Samsung Malaysia Electronics Rabu mempamerkan siri premium 7 CHRONOS Notebook, yang menjanjikan kelajuan luar biasa, prestasi maksimum serta paparan berkualiti tinggi.
Notebook berspesifikasi tinggi, nipis dan chasis aluminium kompak dengan Intel Core, menggunakan teknologi ExpressCache, menyediakan memori 8GB extra flash pada papan induk.
"Berikutan kejayaan Siri 9 Notebook, kami meluaskan barisan notebook premium. Kami memadankan ciri-ciri baharu yang hebat dengan kecemerlangan reka bentuk dan kejuruteraan Samsung bagi menghasilkan produk khusus sebenar," kata Pengarah Urusuannya Kwon Jae Hoon, dalam satu kenyataan Rabu.
Beliau juga berkata matlamat Samsung ialah menghasilkan notebook yang bukan sahaja memberi inspirasi dan memperkaya kehidupan pelanggan, malah menampung permintaan pengguna yang pelbagai dan segmen pasaran yang berlainan.
Bercakap pada pelancaran Siri 7 CHRONOS Notebook, beliau berkata ia merupakan kemuncak kepada komputer peribadi.
Menggabungkan teknologi terkini Samsung - "MAX screen", Siri 7 CHRONOS, Notebook membolehkan pengguna mengalami paparan yang lebih luas tanpa mengorbankan mobilti mudah alih, menerusi paparan 14 inci. - BERNAMA
Spesifikasi :
- Series 7’s quad-core 2.2GHz Core i7-2675QM processor, 6GB of RAM, AMD Radeon HD 6750M graphics (with 1GB of DDR5 VRAM)
- 8GB SanDisk SSD on the motherboard (in addition to the 750GB hard drive)












