13 Dis 2011

Kim Swee uji kombinasi pemain baru dan lama



KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee dijangka akan menguji kombinasi pemain baru dan lama dalam rangka perlawanan persahabatan skuadnya di Sydney, Australia.

Skuad Harimau Muda negara akan berhadapan Sydney FC dalam perlawanan pertama mereka dan Kim Swee mengganggap ia peluang terbaik untuk dia mengukur keupayaan pemain yang jarang diturunkannya.

"Setiap pemain akan mendapat 60 minit atau salah seorang akan dapat bermain 60-70 minit tetapi yang mustahak ialah untuk memberi kesimbangan di dalam skuad," kata Kim Swee.

"Selain membentuk keserasian, saya juga anggap ini adalah pendedahan yang terbaik untuk para pemain saya."

Selain itu, Kim Swee juga akan menggunakan gandingan baru dibahagian tengah pertahanan bagi mengelak terlalu bergantung kepada dua pemain iaitu Fadhli Shas dan Muslim Ahmad.

Kim Swee juga bakal menggunakan dua gandingan baru dibahagian pertahanan tengah antaranya ialah Amir Saidin dan Syahrul Saad.

"Saya mungkin menggunakan beberapa muka baru dibahagian pertahanan untuk menguji mereka di dalam perlawanan lebih kompetitif," tambah Kim Swee lagi.

Di Sydney, Kim Swee membawa 23 pemain termasuk tiga pemain baru, Mohd Sharil Saari, penjaga gol dari Terengganu, Shahrul Saad pertahanan Harimau Muda B dan pemain tengah Felda United, S Sivanesan. - ARENA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More