13 Dis 2011

Chelsea padam rekod tanpa kalah City



LONDON - Jaringan pemain tengah Frank Lampard menerusi sepakan penalti pada minit ke-83 memberikan kemenangan kepada Chelsea 2-1, sekaligus memadam rekod tanpa kalah Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain City Joleon Lescott tertampan bola rembatan aniel Sturridge dengan menggunakan tangan.

Kemenangan itu meletakkan Chelsea ditangga ketiga, ketinggalan lima mata dibelakang Manhester United, manakala City masih kekal dipuncak liga dengan berkebihan dua mata.

Andre Villas-Boas pastinya menarik nafas lega dengan keputusan perlawanan tersebut. Pada awal permainan, Chelsea ketinggalan 1-0 apabila Mario Balotelli meletakkan City didepan sebelum Sergio Aguero terlepas peluang keemasan untuk meletakkan kedudukan 2-0.

Chelsea kemudiannya menyamakan kedudukan 11 minit sebelum rehat, selepas volley daripada Raul Meireles yang menyambung hantaran Daniel Sturridge tepat menuju ke gawang City.

Nasib City bertambah malang apabila Gael Clichy dihalau keluar pada minit ke-58, selepas pemain itu menerima kad kuning kedua. - ARENA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More