WASHINGTON - Beberapa saintis dari Jerman telah menulis di dalam jurnal mereka bahawa meraka telah menjalankan satu kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia.
Mereka mendakwa keputusan yang mereka perolehi ialah manusia boleh meningkatkan daya ingatan dan kecekapan minda dengan sering menghidu bau bunga ros.Bau yang wangi seperti bau bunga ros dikatakan dapat mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa tidur.
Kajian ini telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini telah diarahkan tidur di dalam bilik yang diliputi bauan bunga ros dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya dengan malam tersebut kesemua sukarelawan tidur dalam bilik yang tiada bauan bunga ros.
Hasilnya dengan tidur di dalam bilik dengan bauan bunga ros membolehkan sukarelawan mendapat markah 97.2 peratus dalam ujian tersebut manakala tanpa bauan bunga ros mereka hanya mendapat markah sebanyak 86 peratus. - MEDIA ALTERNATIF








