SYRIA - Lebih 5,000 orang telah terbunuh sepanjang sembilan bulan pergolakan di Syria. Pergolakan yang bermula dengan demonstrasi jalanan menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Ashad itu bertukar menjadi medan pemberontakan yang meragut ribuan nyawa.
Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay berkata jumlah korban meningkat sehingga 1,000 orang berbanding 10 hari sebelumnya. Angka korban merangkumi orang awam dan tentera pemisah.
Tindakan Syria boleh dianggap jenayah terhadap kemanusiaan, kata Pillay, yang mengeluarkan laporan baru untuk majlis bagi merujuk keadaan tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Peningkatan mendadak dalam jumlah kematian mengundang campur tangan antarabangsa untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria. - REUTERS








