28 Nov 2011

Seramai 1,967 mangsa banjir dipindahkan di Kelantan



KOTA BHARU – Seramai 1,967 orang mangsa banjir daripada 610 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir membabitkan tiga daerah di negeri ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, tiga daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat sehingga kini masih lagi terlibat dengan bencana itu.

Pusat pemindahan yang dibuka di ketiga-tiga daerah itu juga masih 11 buah seperti malam tadi.

Daerah Pasir Mas paling teruk terjejas dengan sembilan buah pusat beroperasi di situ diikuti masing-masing sebuah di Kota Bharu dan Tumpat, katanya.

Beliau berkata, paras Sungai Golok di Rantau Panjang pagi ini menunjukkan penurunan kepada 10.09 meter, bagaimanapun masih melebihi paras bahaya 9 meter.

Selain itu jurucakap itu berkata, hanya empat jalan ditutup kepada kenderaan ringan pagi ini iaitu di Pasir Mas dan Tumpat. – Bernama



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More