11 Nov 2011

Selamat 11-11-11 yang dinantikan


Oleh : Mohd Faizal Awang Senik


Pelbagai reaksi dan spekulasi timbul menjelang tarikh 11-11-11. Ada yang mengaitkannya dengan sesuatu yang positif malah tak kurang juga yang mengaitkannya dengan pelbagai kepercayaan tahyul.

Ada yang mengaitkan tarikh istimewa ini dengan kemunculan dajjal. Secara kebetulan atau tidak, 11-11-11 jatuh pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam.

Sebagai umat Islam, seharusnya tidak timbul kenyataan-kenyataan atau tafsiran-tafsiran yang berbaur syirik atau tahyul kerana ia bertentangan dengan Islam. Seharusnya di hari penghulu segala hari berkebetulan dengan tarikh istimewa ini, umat Islam mengambil kesempatan untuk beribadat dan mendekatkan diri kepada yang Esa.

Walau apa pun spekulasinya yang pasti 11-11-11 ramai yang mimilih tarikh istimewa ini untuk melangsungkan perkahwinan. Kepada yang melangsungkan perkahwinan hari ini, selamat pengantin baru kepada anda. Semoga tarikh 11-11-11 memberi rezeki dan kebahagiaan dalam hidup kita. Amin..

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More