10 Nov 2011

Paip gas asli Mesir ke Israel metelup



KAHERAH - Rangkaian paip gas Mesir ke Israel dan Jordan dilaporkan diletupkan oleh penyerang awal hari ini, menurut pihak berkuasa keselamatan negara itu.

Letupan berlaku kira-kira 40 kilometer di barat bandar al-Arish di utara Semenanjung Sinai.

Paip gas berkenaan dilaporkan sudah enam kali diserang sejak bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada Februari lalu.

Saksi berkata, mereka melihat lelaki bersenjata berada di tempat kejadian tetapi tidak mengetahui sama ada letupan itu mencederakan sesiapa.

Kejadian terakhir berlaku pada 27 September lalu dengan seorang dilaporkan cedera.

Israel menggunakan 40 peratus gas asli untuk membekalkan tenaga elektrik manakala Mesir membekalkan 43 peratus gas kepada negara itu. - AFP

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More